Wednesday, July 13, 2011

Hati Seorang Wanita

Bila seorang wanita menangis, bererti hati nya tidak tahan lagi. Jika kamu memegang tangannya dgn penuh kasih saat dia menangis, Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu....
Jika kamu membiarkannya pergi, Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu. Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah, Kecuali di depan orang yang amat disayangi. Dia menjadi lemah.... Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah, Hanya jika dia sangat menyayangimu, Tiada lagi rasa egonya...kerana sayangnya dia padamu.....dia tidak akan pernah kisah utk menangis hanya kerana utk dirimu.....

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu, Berilah pengertian...
Saat dia menangis di depanmu, Saat dia menangis keranamu, Lihatlah matanya…. Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya? Wanita mana lagi yang akan menangis dengan murni, penuh rasa sayang, Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan. Dia menangis, kerana tangisan dapat meredakan hatinya yg gundah....kerana tangisan adalah ubat baginya....tangisan adalah sahabat baiknya....

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu. Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu, Dan semuanya kerana dirimu. Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya. Hanya kau yang tahu jawapannya.....

No comments: